Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    China tolak sekatan Barat terhadap Rusia

    BRUSSELS, 1 APRIL – China hari ini mengulang kritikannya mengenai sekatan Barat ke atas Rusia, ketika pegawai kanan Kesatuan Eropah berusaha mendapatkan jaminan dari Beijing bahawa ia tidak akan membantu Moscow memintasi langkah ekonomi yang dikenakan sebagai respons terhadap serangan ke atas Ukraine.

    Kementerian Luar China juga menyalahkan peperangan di Ukraine sebahagiannya ke atas Amerika Syarikat (AS) kerana mendesak mengembangkan gabungan tentera NATO lebih dekat ke sempadan Rusia. Dua puluh satu daripada 27 negara EU juga merupakan negara anggota NATO.

    Pada sidang kemuncak maya, Presiden Majlis Eropah, Charles Michel, Presiden Suruhanjaya, Ursula von der Leyen dan ketua dasar luar EU, Josep Borrell berusaha mendapatkan petunjuk daripada Presiden dan pemimpin Parti Komunis China, Xi JInping dan Perdana Menteri, Li Keqiang bahawa Beijing akan membantu menamatkan perang.

    “China tidak bersetuju menyelesaikan masalah menerusi sekatan, dan kami menentang sekatan satu pihak yang tidak mempunyai asas dalam undang-undang antarabangsa,” kata jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian pada taklimat harian ketika mereka bertemu.

    Zhao berkata apabila ia membabitkan Ukraine, Beijing tidak akan dipaksa untuk ‘memilih pihak atau mengamalkan pendekatan kawan atau musuh. Kami harus menentang pemikiran Perang Dingin dan konfrontasi blok.”

    China berkata ia tidak mengambil pihak dalam konflik itu tetapi ia telah mengisytiharkan perkongsian ‘tanpa had’ dengan Rusia dan enggan mengutuk serangan. Beijing tidak merujuk konflik sebagai serangan atau perang dalam mengekalkan dasarnya dengan Rusia.

    Dalam kenyataan media selepas sesi sidang kemuncak pertama, Li dipetik sebagai mengesahkan kepentingan hubungan China-EU, berkata beliau berharap kedua-dua pihak ‘kekal bersikap terbuka, mengembangkan akses pasaran, melindungi persaingan adil dan mempromosi perniagaan dan pelonggaran pelaburan.” – AP

    Li Keqiang (kiri) dan Ursula von der Leyen bercakap menerusi sidang video dengan Charles Michel dan Josep Burrell semasa sidang kemuncak EU-China di bangunan Majlis Eropah di Brussels, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...