China tuduh AS buli tiktok secara terang-terangan

BEIJING, 4 OGOS – China menuduh Amerika Syarikat (AS) semalam ‘buli secara terang-terangan’ terhadap aplikasi video popular TikTok, setelah Presiden Donald Trump meningkatkan tekanan agar operasi TikTok di AS dijual kepada sebuah syarikat di Amerika.

“Ini bertentangan dengan prinsip pasaran ekonomi dan prinsip (Pertubuhan Perdagangan Dunia) keterbukaan, ketelusan dan tanpa diskriminasi,” kata jurucakap kementerian luar negeri Wang Wenbin. Sehari sebelum itu, Presiden Trump memberi TikTok enam minggu untuk menjual operasi AS, dalam peningkatan pertembungan politik dan perdagangan yang meningkat antara Washington dan Beijing.

Aplikasi ini telah disiasat secara rasmi atas alasan keselamatan nasional AS, kerana ia didakwa mengumpulkan sejumlah besar data peribadi pengguna dan terikat secara sah untuk membenarkan perkongsian dengan pihak berkuasa di Beijing jika mereka mengkehendakinya.

Tetapi Wang memberitahu “AS, tanpa memberikan bukti, telah menggunakan konsep keselamatan negara yang disalahgunakan secara tidak adil, menekan syarikat-syarikat bukan AS.”

Dia mengatakan alasan keselamatan nasional AS terhadap firma China menje-jaskannya, sambil menambah bahawa syarikat-syarikat terse-but menjalankan kegiatan perniagaan mereka sesuai dengan peraturan antarabangsa dan undang-undang AS.

“Tetapi AS menidakkan tuduhan itu. Ini semua manipulasi politik,” kata Wang, yang memperingatkan AS agar tidak mencetuskan provokasi. – AFP

Logo aplikasi TikTok dipaparkan di skrin iPhone dengan bendera Amerika di belakang di Arlington, Virginia. Presiden Donald Trump mengatakan bahawa aplikasi TikTok yang sangat popular di China tidak berfungsi di Amerika Syarikat jika tidak dijual kepada firma AS. – AFP