China tumpu pembangunan tenaga bukan fosil

BEIJING, 22 DIS – China berusaha membina sistem bekalan tenaga bersih yang pelbagai, dengan mengutamakan pembangunan tenaga bukan fosil.

Merujuk kepada kertas putih “Era Baharu Pembangunan Tenaga China” yang dikeluarkan Dewan Negara semalam, selain tenaga bukan fosil, China kini gigih ke arah peralihan daripada tenaga tinggi karbon kepada tenaga rendah karbon serta sumber tenaga fosil kepada sumber tenaga boleh baharu.

Sementara itu, China juga menggalakkan penggunaan kuasa solar, mengoptimumkan kuasa angin, pembangunan hidroelektrik serta tenaga nuklear, biojisim, geoterma dan tenaga lautan.

Untuk rekod, kadar penggunaan elektrik yang dijana menerusi kuasa angin mencatat  96 peratus di negara ini pada 2019, manakala Panel Solar Fotovolta pula sebanyak 98 peratus dan penggunaan hidroelektrik 96 peratus. – Bernama