BEIJING, 11 JULAI – Sempena Hari Pelayaran China ke-18 yang disambut hari ini, China memfokuskan kepada pembangunan pengangkutan maritim hijau, karbon rendah dan pintar.
Menurut pihak jawatankuasa penganjur, beberapa siri aktiviti akan diadakan termasuk Forum Hari Pelayaran China, Mesyuarat Akademik Pelayaran Kebangsaan, Minggu Sosialisasi Ilmu Pelayaran Kebangsaan serta Ekspo Sains dan Teknologi Pelayaran dengan bertemakan ‘ke arah trend baharu; pelayaran hijau, rendah karbon dan pintar’. Dimaklumkan, pengangkutan maritim meliputi 95 peratus jumlah keseluruhan pengangkutan kargo untuk perdagangan luar China.
Setakat hujung 2021, kapasiti pengangkutan kapal yang dikendalikan China mencatat 350 juta DWT, sekali gus menduduki tempat kedua di seluruh dunia. Untuk rekod, jabatan yang berkaitan turut giat membuat penempatan daripada segi pembangunan infrastruktur, penyusunan semula struktur pengangkutan, penggunaan tenaga baharu dan bersih, dan menangani pencemaran pada mutakhir ini. – Bernama