China tunjukkan perkembangan positif

BEIJING, 11 SEPT – China hari ini berkata ia akan mengecualikan sejumlah produk Amerika Syarikat (AS) daripada tarif punitif dalam apa yang dilihat sebagai usaha berbaik-baik dihulurkan oleh Beijing sejak perang perdagangan berlarutan menjelang rundingan peringkat tinggi bulan depan.

Bagaimanapun, barangan itu tidak termasuk barangan pertanian yang penting kepada kejayaan apa-apa perjanjian antara kedua-dua pihak yang turut menjejaskan ekonomi global.

Pengecualian akan berkuatkuasa pada 17 September dan sah selama setahun, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam daripada Majlis Negeri yang mengeluarkan dua senarai termasuk produk makanan laut dan ubat anti kanser. Senarai itu adalah yang pertama diumumkan oleh Beijing sebagai produk bebas tarif. Kategori lain yang akan dikecualikan termasuk pelet alfalfa, makanan ikan, ‘medical linear accelerators’ dan agen pelepasan acuan ketika suruhanjaya mempertimbangkan pengecualian selanjutnya.

Perunding perdagangan berkata mereka akan bertemu di Washington pada awal Oktober, sekali gus meningkatkan harapan untuk mengurangkan ketegangan antara dua ekonomi terbesar di dunia itu. – AFP

Perang tarif antara AS dan China telah menyaksikan kenaikkan tarif ke atas beberapa barangan bernilai ratusan bilion dolar sehingga menjejaskan ekonomi global. – AFP