Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    China tutup Istana Potala susulan penularan

    BEIJING, 9 OGOS – Pihak berkuasa China telah menutup Istana Potala yang terkenal di Tibet ekoran penularan kecil COVID yang dilaporkan di wilayah Himalaya.

    China berterusan melaksanakan dasar sifar COVID, dengan mengarahkan penduduk untuk terus berada di rumah, menjalani ujian rutin, kuarantin dan sekatan perjalanan yang ketat, meskipun kebanyakan negara lain sudah membuka sempadan.

    Notis yang dikeluarkan oleh pihak istana melalui media sosial Weixin berkata istana itu sebelum ini merupakan kediaman bagi pemimpin-pemimpin Buddha Tibet dan akan ditutup bermula hari ini, dan tarikh pembukaan semula akan diumumkan kemudian.

    Ekonomi Tibet sangat bergantung pada pelancongan dan Potala merupakan tarikan utama.

    China berkata dasar tegasnya berjaya mengurangkan jumlah pesakit dimasukkan ke hospital dan kematian, sementara pengkritik termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengutuk impaknya terhadap ekonomi dan masyarakat serta berkata ia tidak selaras dengan sifat virus yang berubah-ubah dan kaedah baharu pencegahan dan rawatan.

    Penduduk Beijing beratur semasa menunggu giliran untuk menjalani ujian calitan. Pihak berkuasa China menutup Istana Potala di Tibet selepas penularan kecil COVID dilaporkan di kawasan tersebut.- AP

    China mengumumkan 828 kes jangkitan domestik baharu hari ini, 22 daripadanya di Tibet.
    Kebanyakan kes tidak menunjukkan sebarang gejala.

    Di kawasan lain di China, pihak berkuasa menghantar pulang 125 orang pelancong dari pantai peranginan di Sanya, di mana puluhan ribu pengembara terkandas sejak Sabtu disebabkan oleh perintah berkurung COVID.

    Penyiar CCTV berkata bandar di wilayah Hainan telah mengaturkan lebih banyak penerbangan untuk menghantar pelancong secara berkumpulan selepas penerbangan awal ke Xi’an.

    Mereka dibenarkan untuk meninggalkan tempat itu dengan syarat selepas keputusan ujian negatif beberapa kali.

    Ibu kota wilayah Haikou akan dikurung selama 17 jam esok bermula 6 pagi hingga 11 malam, menurut pengumuman bandar itu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...