BEIJING, 18 Mei – Fan Changlong, Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, dan Chang Wanquan, Menteri Pertahanan China dan ahli Dewan Negara, Rabu bertemu secara berasingan dengan Mohammed Al-Bowardi, Menteri Pertahanan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Fan Changlong berkata UAE adalah rakan strategik China di kawasan Teluk. Beliau berharap hubungan ketenteraan dua hala berjalan lancar dan menyatakan hasrat untuk mempereratkan lagi hubungan.
Bowardi berkata UAE bersedia untuk meningkatkan kerjasama dan komunikasi dengan China untuk mengembangkan lagi serta meluaskan kerjasama ketenteraan dua hala.
Mencatatkan momentum yang baik pembangunan dalam hubungan ketenteraan, Chang Wanquan berkata China bersedia untuk bekerjasama dengan UAE untuk pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang. – Xinhua