Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China ugut kenakan sekatan terhadap Korea Utara – Tillerson

    WASHINGTON, 28 April – Setiausaha Negara AS Rex Tillerson berkata semalam China telah mengugut akan mengenakan sekatan ke atas Korea Utara sekiranya ia menjalankan ujian nuklear selanjutnya.

    “Kami tahu China sedang berkomunikasi dengan rejim di Pyongyang,” kata Tillerson di Saluran Berita Fox. “Mereka mengesahkan kepada kami bahawa mereka telah meminta rejim supaya jangan melancarkan ujian nuklear selanjutnya.”

    Tillerson berkata China juga memberitahu AS ia telah menghubungi Korea Utara “bahawa jika mereka menjalankan ujian nuklear selanjutnya, China sendiri akan mengambil tindakan sekatan.”

    Awal semalam, pegawai kanan Tentera Laut AS yang menyelia tentera di Pasifik berkata krisis dengan Korea Utara berada pada tahap paling teruk yang pernah dilihatnya, namun beliau enggan membandingkan situasi dengan krisis peluru berpandu Cuba beberapa dekad lalu.

    “Ia adalah benar,” kata Laksamana Harry Harrris Jr., komander Pusat Ketumbukan AS Pasifik, ketika keterangan di depan Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat.

    Harris berkata beliau tidak meragui pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berhasrat memenuhi cita-citanya untuk menghasilkan peluru berpandu yang mampu menyerang Amerika Syarikat.

    Laksamana mengakui timbulnya ketidakpastian di kalangan agensi risikan AS berhubung setakat mana perkembangan program peluru berpandu dan nuklear Korea Utara. Namun Harris berkata ia bukan membabitkan isu jika tetapi bila.

    “Tidak timbulnya keraguan dalam fikiran saya,” kata Harris. Kementerian luar China tidak mempunyai komen mengenai kata-kata Tillerson tentang sekatan baru, tetapi seorang jurucakap berkata semalam Beijing masih komited untuk melaksanakan sekatan yang dikenakan di bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda