Monday, December 9, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    China uji 9 juta penduduk

    BEIJING, 12 OKT – Seluruh sembilan juta penduduk di bandar pelabuhan utama China akan menjalani ujian saringan COVID-19 susulan penularan kecil, kata para pegawai kesihatan hari ini, ketika jumlah jangkitan memuncak di Eropah memaksa usaha sekatan sekali lagi.

    Virus itu sebahagian besarnya dapat dikawal di China – yang pertama kali muncul tahun lalu – jelas berbeza dengan bahagian lain di dunia yang masih lagi dirundung sekatan pergerakan berulang kali dan jumlah kes meningkat.

    Enam kes COVID-19 telah dilaporkan kelmarin di Qingdao – dengan penduduk 9.4 juta – menyebabkan pegawai kesihatan mengumumkan ujian besar-besaran dalam masa beberapa bulan.

    Lima daerah akan menjalani ujian ‘dalam masa tiga hari’ dan seluruh bandar ‘dalam masa lima hari’, menurut kenyataan dari suruhanjaya kesihatan perbandaran Qingdao, walaupun ia tidak memberi jumlah tepat berapa ramai yang akan disaring.

    China berupaya menjalankan ujian pantas dan ekstensif dengan menjelang petang ini, lebih 277,000 orang sudah pun disaring di Qingdao, manakala sembilan disahkan positif. – AFP

    Penduduk menunggu untuk menjalani ujian saringan koronavirus di Qingdao, wilayah Shandong, China pada 12 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda