China uji kenderaan masa depan, robotaxis

SHANGHAI – Penyertaan China dalam perlumbaan untuk menempatkan kenderaan autonomi digunakan di atas jalan raya telah memperkenalkan ‘robotaxi’ dalam talian dengan harapan format kereta sewa menjadi kunci penerimaan meluas bagi teknologi masa depan.

Ia dijangkakan akan mengambil masa selama bertahun-tahun sebelum kereta tanpa penglibatan manusia itu boleh beroperasi sepenuhnya atas sebab rintangan teknologi, peraturan dan keselamatan yang berlanjutan.

Tetapi ketika China mencabar pendominasi teknologi Amerika Syarikat (AS), syarikat-syarikat China seperti Baidu, AutoX yang disokong oleh Alibaba dan syarikat perkongsian kenderaan utama, DiDi Chuxing, baru-baru ini telah melancarkan projek percubaan teksi autonomi di bandar-bandar utama di seluruh negara.

Usaha yang sama telah dilakukan di AS, dan ketua eksekutif AutoX, Xiao Jianxiong memberitahu AFP bahawa kenderaan berautonomi penuh mungkin akan digunakan pada akhir tahun ini.

Robotaxis atau perkhidmatan penghantaran dianggap sesuai untuk mengumpulkan waktu memandu dan cache data yang besar diperlukan agar kereta ‘belajar’ dan menjadi cukup selamat.

DiDi Chuxing baru-baru ini melancarkan projek percubaan teksi autonomi di bandar-bandar utama di seluruh negara. – AFP
Seorang pemandu duduk di tempat duduk pemandu teksi autonomi DiDi Chunxing semasa ujian percubaan di bandar Shanghai. – AFP

Pengguna-pengguna China – yang terkenal dengan penggunaan e-dagang secara kerap, pembayaran secara dalam talian dan penyelesaian digital lain – bersedia untuk menaiki teksi autonomi yang dikeluarkan oleh DiDi Chuxing pada projek perintis Shanghai yang dilancarkan pada Jun lalu.

Dengan menggariskan mengenai konsep yang sedang dibangunkan, seorang pekerja DiDi duduk di tempat duduk pemandu, bersedia untuk menggunakan stereng jika diperlukan.

Tetapi Dan Xuan, seorang pekerja media sosial berusia 24 tahun, bersedia untuk mengalami teknologi masa depan.

“Saya mendengar beberapa buah syarikat seperti Uber atau Tesla sedang membuat ujian pemanduan autonomi, jadi saya merasa curiga apa yang dilakukan oleh syarikat China, sama ada mereka boleh menghasilkan, dan jika mereka mampu melakukannya, apakah rasanya pengalamanan memandu kereta itu,” katanya.

“Ia sangat lancar,” kata Da, menambah bahawa dia merasa selamat berada di dalam kereta seperti itu.

Ujian percubaan menggunakan aplikasi telefon pintar DiDi untuk merancang perjalanan menggunakan jalan raya di bahagian luar bandar menaiki kereta Volvo yang dilengkapi dengan perkakas teknologi di atasnya yang diungguli oleh alat radar.

Kenderaan itu dengan yakin memulakan perjalanan, menekan minyak, berhenti, memberi lampu isyarat dan membelok dengan sendirinya dalam keadaan trafik yang sebenar dengan suara wanita menceritakan: ‘Tempat melintas di hadapan,’; “Kereta anda telah disembur dengan pembasmi kuman”.

Ketika sebuah trak besar tiba-tiba berpusing di hadapan, pemandu AI DiDi dengan lancar menekan brek.

Sama seperti penuntut yang sedang belajar memandu, ia masih memerlukan latihan.

Semasa melihat papan tanda berhenti, kereta tersebut berhenti secara tiba-tiba sehingga pemandu tertolak ke hadapan.

Dan sebarang penyimpangan yang tidak dapat dilakukan dari laluan yang dirancang memerlukan penglibatan manusia.

Tetapi Meng Xing, ketua pegawai operasi syarikat pemanduan autonomi DiDi, memberitahu AFP bahawa sistem AI mereka ‘cukup pintar untuk mengatasi masalah seperti itu’, dan keselamatan pemandu terjamin sehinggakan mereka tidak perlu menyentuh stereng atau menekan brek.

Eksekutif DiDi berkata pada Jun lalu syarikat tersebut menyasarkan lebih satu juta kereta pandu sendiri menjelang 2030.

“Apa yang kami cuba selesaikan ialah 0.5 peratus masalah. Kami percaya masa depan, kami akan mencapai tahap di mana kami boleh memberikan pengalaman lebih selamat berbanding kereta dipandu manusia.” – AFP