Saturday, October 1, 2022
33.3 C
Brunei

China umum bantuan AS$43.5 juta bantu mangsa banjir

-

NEW DELHI, 4 SEPT – China akan menyediakan bantuan tambahan sebanyak 300 juta yuan (AS$43.5 juta) kepada Pakistan susulan bencana banjir yang melanda negara ini.

Menurut Kedutaan China di Islamabad kelmarin, perkara itu diumumkan pengerusi Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) Luo Zhaohui. Menteri Luar Pakistan Bilawal Bhutto Zardari mengucapkan terima kasih kepada China atas bantuan itu.

“Ini satu lagi manifestasi hubungan unik kami terutama ketika menghadapi saat yang sukar,” katanya.

Sebelum ini, China menawarkan bantuan bernilai 100 juta yuan untuk membantu mangsa banjir Pakistan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -