Saturday, December 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    China umum pencapaian kepelbagaian biologi

    BEIJING, 11 OKT – Selari dengan penganjuran Persidangan ke-15 Negara-negara Anggota Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15), China secara rasmi mengumumkan kejayaannya dalam merealisasikan matlamat mengenal pasti kumpulan biologi dan jenis tumbuh-tumbuhan utama peringkat kebangsaan.

    Dalam satu pengumuman oleh Naib Presiden Akademi Sains China, Zhang Yaping kelmarin, pencapaian itu adalah berdasarkan aspek keadaan terkini, perlindungan, pengumpulan, penerokaan dan penggunaan serta pembinaan platform data raya.

    Jumlah spesies baharu diumumkan China pada 2020 melebihi 2,400 atau 10 peratus jumlah spesies baharu yang ditemukan di seluruh dunia.

    Ia sekali gus menjadikan jumlah senarai spesies biologi China untuk 2021 sebanyak 115,000 spesies.

    Dalam pada itu, sejak akhir-akhir ini China turut menjalankan pelbagai pemantauan dan penyelidikan, yang menyaksikan spesies burung merekodkan lebih empat bilion data mengenai 4000 ekor daripada 140 jenis burung hijrah.

    “Katalog Sumber Biologi Akademi Sains China” kini merangkumi lebih 7.35 juta sumber biologi, manakala “Bank Spesies Liar Di Barat Daya China” pula menyimpan 17,468 jenis dan 258,000 salinan sumber biologi. – Bernama

    Peserta persembahan semasa majlis pembukaan COP15 di Kunming, Yunnan, China pada 11 Oktober. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda