China umum penubuhan enam taman negara

BEIJING, 13 OKT – China kelmarin mengumumkan akan mewujudkan taman negara kumpulan pertama terdiri enam taman negara yang bertujuan untuk memelihara sistem ekologi bagi memastikan warisan alam sekitar dapat terus dinikmati generasi akan datang.

Bagi kumpulan pertama itu ia terdiri Taman Negara Sanjiangyuan, Panda Gergasi, Harimau Siberia, Harimau Bintang, Hutan Hujan Tropika Hainan, dan Gunung Wuyi.

Taman negara itu melibatkan 10 provinsi dan wilayah iaitu Qinghai, Tibet, Sichuan, Shaanxi, Gansu, Jilin, Heilongjiang, Hainan, Fujian dan Jiangxi.

Kesemua taman negara itu terletak di kawasan strategik ekologi seluas 23,000 kilometer persegi dan 30 peratus daripadanya terdiri haiwan dan tumbuhan liar yang dilindungi di peringkat negara. – Bernama

Lembu bertanduk panjang digelar yak dilihat di Taman Negara Sanjiangyuan pada 21 Januari 2020. – Xinhua