Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    China, UNHCR sumbang bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan

    KABUL, 28 MAC – Afghanistan menerima sumbangan kemanusiaan daripada Tabung Bantuan Kerjasama Selatan-Selatan China dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), di sini, kelmarin.

    Antara barang bantuan itu lebih 2,400 khemah kecemasan, 7,400 kit barang bantuan termasuk peralatan dapur, karpet pemanas dan tangki gas serta 20,000 beg sekolah bernilai AS$2 juta (RM8.4 juta).

    Duta China di Afghanistan, Wang Yu ketika menyampaikan ucapan pada majlis penyerahan sumbangan itu berkata Afghanistan yang menghadapi kesukaran dalam aspek kemanusiaan dan ekonomi memerlukan bantuan segera dari pelbagai pihak.

    “Dalam hal ini, PBB disokong untuk terus berperanan, dan dialu-alukan mengeluarkan seruan kecemasan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan.

    “China secara aktif membantu rakyat negara itu dengan menyumbang makanan, ubat-ubatan dan barang keperluan untuk musim sejuk serta turut mengimport kacang pain dari Afghanistan yang bernilai AS$22 juta (RM92.4 juta),” kata Wang.

    Sementara itu wakil UNHCR di Afghanistan, Yumiko Takashima turut menzahirkan pengharagaan atas bantuan kemanusiaan China.

    “Situasi kemanusiaan negara ini semakin buruk, dan penduduk setempat menghadapi krisis hidup yang serius.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...