
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah hari ini berkenan berangkat menyaksikan perlawanan chinlone berangkai Pasukan Negara Brunei Darussalam dalam Sukan SEA ke-29 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Juga berangkat anakanda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Amat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul ‘Aleem. Pasukan negara telah mempamerkan mutu permainan yang cemerlang serta menyumbang pingat pertama negara dengan memenangi pingat gangsa, meskipun hanya mengutip 157 mata keseluruhan. Malaysia meraih pingat emas manakala Filipina meraih pingat perak.
Penyampaian pingat disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairi Jamaludin.
Ikuti berita lanjut dalam Media Permata