Friday, September 27, 2024
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    CHMS Belait rai Festival Tanglung

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 26 SEPT – Tanglung-tanglung yang bercahaya menceriakan persekitaran Sekolah Menengah Chung Hua (CHMS), Kuala Belait ketika ia meraikan perayaan tahunan Festival Pertengahan Musim Luruh atau Festival Tanglung pada 21 September lalu.

    Acara itu bertujuan untuk memperingati tradisi Pesta Pertengahan Musim Luruh, termasuk menggantung tanglung dan lampu hiasan, terutamanya tanglung yang dibuat oleh pelajar dalam pertandingan membuat tanglung antara kelas yang diadakan pada awal Ogos.

    Bercakap kepada media, Pengetua sekolah, Dr Chong Kui Kian berkata sambutan itu bukan sahaja membawa kegembiraan dan perpaduan tetapi juga membantu warga sekolah mendalami pemahaman dan penghayatan warisan budaya yang kaya sempena perayaan tersebut.

    Selepas ucapan, acara diteruskan dengan perarakan tanglung di mana pelajar, guru dan tetamu berarak mengelilingi sekolah sambil memegang tanglung yang dinyalakan.

    Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk persembahan nyanyian oleh guru dan pelajar serta 18 vendor mempamerkan pelbagai makanan dan minuman berkaitan dengan sambutan itu.

    Acara berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Membuat Tanglung Antara Kelas dan pertandingan Membuat Tanglung Persatuan Tokong China.

    Pelajar mengambil bahagian dalam perarakan tanglung semasa acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN CHMS
    Gong dipalu sempena memulakan sambutan Festival Pertengahan Musim Luruh di Sekolah mengengah Chung Hua baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN CHMS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda