Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    CHMS meriahkan Hari Guru ke-32

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Bagi sama-sama meraikan Sambutan Hari Guru ke-32, Sekolah Menengah Chung Hwa (CHMS) telah menganjurkan majlis makan malam yang berlangsung di sebuah restoran di Pusat Membeli-belah Hua Ho, Manggis, hari ini.

    Hadir pada acara tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah CHMS, Ong Tiong Oh dan Pengetua CHMS, Kho Guik Lan.

    Dalam ucapannya, pengetua CHMS menekankan kepentingan para guru untuk mengadaptasi penggunaan teknologi dalam penyampaian pembelajaran, selaras dengan perubahan zaman.

    “Selaras dengan kemajuan teknologi, terdapat perubahan dramatik dalam cara guru menyampaikan pembelajaran. Guru perlu mengikuti perkembangan terkini dalam kedua-dua teknologi dan pengajaran.

    “Guru-guru di CHMS telah mendapat sokongan daripada lembaga pengarah dalam penggabungan kemahiran pengajaran abad ke-21 serta teknologi ke dalam pelajaran, yang membolehkan CHMS mengikuti perkembangan terkini dengan perubahan dalam pendidikan,” katanya.

    Acara diserikan dengan nyanyian karaoke, cabutan bertuah dan permainan Bingo.

    Pengetua CHMS semasa menyampaikan ucapan di majlis berkenaan.
    Antara yang hadir semasa Majlis Makan Malam anjuran CHMS.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...