Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Chong Ming letak jawatan

    KUALA LUMPUR, 31 DIS – Bekas pemain beregu lelaki negara, Chan Chong Ming meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad beregu wanita kebangsaan pada Rabu lepas (29 Dis).

    Selepas pertimbangan yang teliti, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan hari ini memberitahu bahawa mereka telah mencapai keputusan untuk menerima surat peletakan jawatan Chong Ming.

    Ia berkata jurulatih berusia 41 tahun itu melepaskan jawatannya secara persetujuan bersama selepas menyertai BAM pada Julai 2020.

    “BAM ingin merakamkan penghargaan kepada Chong Ming atas sumbangan beliau terhadap pencapaian pasukan beregu wanita negara setakat ini.

    “Setiap individu dalam persatuan mengucapkan selamat maju jaya dalam usahanya pada masa depan,” menurut kenyataan itu.

    Chong Ming adalah arkitek utama yang mentransformasikan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah apabila gandingan itu merangkul kejuaraan Terbuka Switzerland Mac lepas selain membantu Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean layak ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai lalu.

    Semasa bergelar pemain, Chong Ming memperoleh dua pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia bersama Chew Choon Eng pada 2001 dan Koo Kien Keat pada 2005 ketika membantu Malaysia muncul naib juara Piala Thomas 2002 sebelum beliau menggantung raket pada 2007. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...