Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Chris Hemsworth bakal berehat berlakon?

    Aktor Chris Hemsworth akan bercuti daripada kerjaya lakonan selepas disahkan menghidap penyakit Alzheimer.

    Dia mendapat tahu mengenai penyakit tersebut ketika menjayakan siri dokumentari Disney terbaharunya, Limitless yang berkisar tentang kematian.

    Menurut laporan Vanity Fair, ketika menjayakan penggambaran siri dokumentari itu, Hemsworth mendapati dia mempunyai kecenderungan sebanyak 8 hingga 10 kali untuk mendapat penyakit Alzheimer berbanding individu lain.

    Dalam episod kelima siri dokumentari ini, Hemsworth telah menemui Dr Peter Attia iaitu pakar perubatan dan menjalani beberapa siri ujian genetik.

    “Kami telah membuat setiap ujian darah dan awda mempunyai dua Salinan APOE4. Satu set daripada ibu awda dan satu set daripada bapa awda,” kata Attia memberitahu Hemsworth di dalam siri itu.

    Chris Hemsworth mendedahkan bahawa datuknya juga menghidap penyakit yang sama. – Agensi

    APOE4 adalah gen yang mempunyai korelasi terkuat terhadap perkembangan penyakit Alzheimer namun tidak banyak yang diketahui mengenainya.

    “Memikirkan bahawa saya tidak akan dapat mengingati kehidupan yang saya pernah lalui, atau isteri saya, anak-anak saya, ia mungkin ketakutan terbesar saya,” kata Hemsworth.

    Bintang Avengers ini juga mendedahkan bahawa datuknya juga menghidap penyakit yang sama.

    “Dia tidak dapat mengingati cucu-cucunya, bahkan anak-anaknya selama bertahun-tahun. Ia sungguh menyedihkan,” katanya.

    Sehubungan itu, aktor yang berasal dari Australia ini telah mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan dan menumpukan masa bersama keluarganya.

    Adiwira Thor ini memiliki tiga cahaya mata iaitu anak perempuannya India, 10, dan anak lelaki kembar, Tristan serta Sasha, 8, hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Elsa Pataky, 46. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...