Chris Pratt, Katherine Schwarzenegger bakal timang cahaya mata

Pelakon Guardians Of The Galaxy, Chris Pratt dan isterinya, penulis Katherine Schwarzenegger bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.

Pasangan yang menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka pada Isnin dilaporkan sedang membuat persiapan bagi menyambut kelahiran cahaya mata mereka.

Chris dan Katherine telah menghabiskan banyak masa bersama sepanjang pandemik COVID-19 dan gembira kerana mempunyai lebih masa untuk berehat dan bersiap bagi menyambut kedatangan anak sulung mereka bersama.

Sementara itu, ayah Katherine, pelakon Arnold Schwarzenegger baru-baru ini mengakui tidak sabar untuk menjadi seorang datuk, sambil memberi bayangan anak perempuannya itu bakal melahirkan pada musim panas ini.

Sebelum ini, Katherine dikhabarkan hamil pada bulan April lalu. namun sumber mendakwa dia dan Chris, 40, merahsiakan berita itu pada mulanya untuk melalui proses itu secara peribadi sebelum berkongsi khabar gembira ini kepada umum.

Ini merupakan cahaya mata kedua Chris selepas dikurniakan anak lelaki pada perkahwinan sebelum ini bersama pelakon Anna Faris dan merupakan cahaya mata yang pertama untuk Katherine. – Agensi

Chris Pratt dan isterinya Katherine Schwarzenegger bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi. – Agensi