Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Chris Rock kendali Oscars 2023 sekali lagi?

    Insiden ditampar pelakon Will Smith ketika siaran langsung Anugerah Oscar pada Mac lalu boleh dikatakan membawa tuah kepada pelawak Chris Rock.

    Memetik laporan Hollywoodlife, kemungkinan besar Chris Rock akan dipilih menjadi pengacara untuk malam anugerah berprestij itu pada tahun hadapan.

    Menurut presiden hiburan ABC, biarpun kontroversi itu mengaburi perkara yang baik di malam anugerah itu namun ia mendapat sambutan yang luar biasa dari tahun sebelum ini.

    Sebelum ini, Smith bertindak naik ke pentas dan menampar muka pelawak Rock ketika siaran langsung Oscars 2022 mengejutkan ramai pihak.

    Situasi mengejutkan berlaku selepas Rock mempersendakan imej isteri Smith iaitu pelakon Jada Pinkett yang tiada rambut. Bagaimanapun, Smith mengambil langkah memohon maaf secara terbuka kepada Rock menerusi laman Instagram dan menganggap tindakannya itu dilakukan mengikut emosi. – Agensi

    Kontroversi ditampar Will Smith dianggap membawa tuah kepada Chris Rock. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...