Chrysler, Peugeot bakal bergabung

MILAN, 29 OKT – Fiat Chrysler dan PSA Peugeot semalam mencatat kemajuan ke arah penggabungan sepenuhnya untuk menubuhkan syarikat pengeluaran kereta keempat terbesar dunia, dengan gabungan dijangka selesai pada akhir Mac 2021.

Penggabungan syarikat kereta Itali-Amerika bersama pesaing Perancis, yang dipersetujui pada tahun lalu, bertujuan menubuhkan sebuah syarikat pembuatan kereta dalam menyahut cabaran peraturan pengeluaran yang lebih ketat dan peralihan kepada teknologi pemanduan baharu.

Syarikat baharu itu akan diberi nama Stellantis.

Lembaga kedua-dua syarikat menandatangani syarat-syarat perjanjian yang membenarkan Groupe PSA menjual saham kecil dalam pembekal kereta Perancis Faurecia, dalam usaha untuk memudahkan kelulusan pengaturan, kata syarikat dalam satu kenyataan.

PSA memegang 46 peratus saham sekarang dan akan menjual kira-kira 7 peratus.

Tarikh penyelesaian gabungan adalah sejajar dengan jadual waktu asal, meskipun kesan pandemik koronavirus. Syarikat baharu itu mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan 6.7 juta kereta setahun, di belakang Volkswagen, gabungan Renault-Nissan dan Toyota.

CEO PSA, Carlos Tavares akan memimpin kumpulan itu, dengan pengerusi Fiat Chrysler, John Elkann mengetuai lembaga. – AP