CHSK tutup Bulan Bahasa

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Sekolah Chung Hwa Kiudang (CHSK) baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Bahasa yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan.

Acara dimulakan dengan beberapa persembahan oleh para pelajar dan guru dengan berpakaian watak kegemaran mereka.

Acara utama adalah Pertandingan Spee Bee Spelling Inter-Class ke-3 dan Kuiz Bahasa Melayu.

Pada akhir acara, Pengetua CHSK, Loo Shee Yun menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan dan kuiz yang diadakan serta pakaian terbaik (pelajar dan guru).

Pengetua CHSK menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.
Antara pelajar yang terlibat pada Majlis Penutup Bulan Bahasa di CHSK, baru-baru ini.