Chungha: Pengurus tidak dijangkiti COVID-19

Minggu lalu, agensi kepada selebriti Chungha, MNH Entertainment, mendedahkan bahawa dua dari kakitangan mereka telah disahkan positif dijangkiti COVID-19 selepas pulang dari mengadakan jadual aktiviti di Itali.

Tetapi Chungha tampil memberitahu bahawa pengurus beliau bukanlah salah seorang dari dua orang kakitangan yang telah disahkan dijangkiti virus tersebut.

Chungha memberitahu “Bukankah sudah ada laporan yang mengatakan dua orang dari agensi kakitangan kami telah disahkan positif? Dan sebelum ini mereka telah di asingkan dengan selamat. Malah ia telah lama dilakukan. Ia tidak keterlaluan untuk mengatakan mereka telah diasingkan sebaik saja mereka tiba ke Korea. Seperti apa yang telah dilaporkan, kakitangan yang selebihnya semua telah disahkan negatif dijangkiti virus.”

Beliau menambah, “Satu laporan menyatakan bahawa pengurus saya telah disahkan dijangkiti termasuk dua orang kakitangan. Laporan tersebut adalah tidak benar. Semua pengurus-pengurus telah disahkan negatif menghidapi COVID-19. Ketiga-tiga pengurus berada dalam keadaan sihat.

Chungha turut memberitahu bahawa beliau tidak menyukai artikel yang menyatakan pengurus beliau merupakan salah seorang yang dijangkiti, dan berkata “Ia rasa salah apabila laporan yang dikeluarkan selepas agensi tersebut mengeluarkan kenyataan.” – Agensi

Chungha merasa sedih dan terluka apabila ada laporan mengatakan berita tidak benar yang menyatakan pengurusnya dijangkiti COVID-19 dan meminta peminat beliau supaya tidak perlu risau. – Agensi