Friday, February 3, 2023
22.5 C
Brunei

-

CIBFM anjur HR Retreat

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Pusat Perbankan, Kewangan dan Pengurusan Islam (CIBFM), baru-baru ini, telah mengadakan acara HR Retreat di Mutiara Ball Room, Hotel Radisson yang telah dihadiri oleh ahli-ahli profesional sumber tenaga manusia daripada 17 buah organisasi.

Menurut kenyataan CIBFM, HR Retreat bagi tahun ini bertujuan untuk meningkatkan hubungan baik antara CIBFM, pihak berkepentingan dan para pelanggan, serta berkongsi maklumat tentang cara membangunkan sumber manusia strategi untuk pembelajaran dan pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Penolong Pengarah Urusan Autoriti Monetari Brunei Darussalam Hajah Sufinah binti Haji Sahat selaku pemangku ketua pegawai eksekutif CIBFM.

Antara program yang diadakan adalah sesi bengkel yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AJM Academy, Dr Amat Taap Manshor bertajuk Performance & Competency Gap Analysis: Identifying your Learning and Development Interventions.

Dalam bengkel ini, beliau mengongsikan trend-trend dan kemahiran yang semakin diutamakan oleh organisasi global yang akan dapat menyumbang kepada kedayatahanan dan kejayaan organisasi tersebut.

Para peserta bergambar ramai pada HR Retreat CIBFM, baru-baru ini.

Dr Amat juga berkongsi strategi-strategi yang boleh memperbaiki tahap kemahiran yang ada dalam sebuah organisasi.

Para peserta yang hadir juga berkesempatan untuk menganalisis dan bertukar pendapat mengenai strategi sumber manusia yang harus diutamakan.

Hajah Sufinah dalam ucapan penutupnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak berkepentingan CIBFM daripada sektor kewangan dan sektor bukan kewangan atas sokongan yang berterusan bagi program-program CIBFM.

“Alhamdulillah, CIBFM telah berjaya mengendalikan 31 sesi latihan dan peperiksaan di separuh pertama tahun 2019, satu peningkatan daripada 26 sesi program dan peperiksaan pada masa yang sama pada tahun sebelumnya.

“Kadar penyertaan pada tahun ini juga telah meningkat sebanyak 30 peratus, antaranya 53 peratus daripada penyertaan sesi-sesi tersebut adalah daripada pihak berkepentingan. Manakala itu, kadar peningkatan penyertaan sektor awam dan sektor swasta pula melonjak 121 peratus,” jelasnya.

Hajah Sufinah juga menyatakan bahawa CIBFM akan terus berusaha untuk menawarkan program bagi meningkatkan kemahiran yang diperlukan di Negara Brunei Darussalam, selaras dengan Rangka Tindakan Sektor Kewangan Negara Brunei Darussalam dan Wawasan Brunei 2035.

Antara projek yang sedang diaturkan termasuk program profesional kewangan Islam yang akan bermula pada 2020. Beliau juga menekankan komitmen CIBFM dalam membantu usaha AMBD bagi perlaksanaan fasa pertama Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) yang disasarkan untuk pemegang lesen pasaran modal.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hong kong tawarkan penerbangan percuma selepas COVID

HONG KONG, 2 FEB - Hong Kong bersedia untuk mengalu-alukan kembali pengunjung dari seluruh dunia, kata pemimpinnya hari ini, ketika dia mengumumkan penerbangan percuma...

Korea Utara beri AS amaran

- Advertisment -