Cicak prasejarah ditemui di Chile

SANTIAGO, 13 SEPT – Saintis-saintis Chile telah mengumumkan penemuan bangkai jenis ‘cicak terbang’ era Mesozoik yang pertama di hemisfera selatan dikenali sebagai pterosaur.

Fosil reptilia itu yang hidup kira-kira 160 juta tahun lalu dalam apa yang dikenali ketika ini gurun Atacama, telah digali pada tahun 2009.

Ia sekarang disahkan sebagai rhamphorhynchie pterosaur – yang pertama makhluk seumpamanya ditemui di Gondwana, prasejarah superbenua yang kemudian membentuk daratan hemisfera selatan.

Penyelidik Jhonatan Alarcon dari Universiti Chile berkata makhluk itu mempunyai lebar sayap kira-kira dua meter (enam kaki), ekor yang panjang dan muncung yang runcing.

“Kami menunjukkan yang pengagihan haiwan-haiwan dalam kumpulan ini lebih luas daripada yang diketahui setakat ini,” tambahnya.

Penemuan itu juga mendedahkan ‘pterosaur yang paling tertua ditemui di Chile,” kata saintis dalam laporan jurnal saintifik Acta Palaeontologica Polonica. – AFP