Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    CICPE 2022 sediakan peluang untuk syarikat tempatan

    BEIJING, 3 JAN – Aktiviti kira detik sempena 100 hari perasmian Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa (CICPE) 2022 anjuran bersama Kementerian Perdagangan China dan kerajaan daerah Hainan telah berlangsung kelmarin.

    Ruang pameran ekspo kini seluas 100 ribu meter persegi berbanding 80 ribu meter persegi sebelum ini, dengan 80 peratus ruang disediakan kepada pempamer luar negara yang turut diberi tambahan kuota sebanyak lima peratus.

    Menurut penganjur, ruang pameran tempatan akan mempamerkan produk lokal dan jenama sepanjang zaman, selain menyediakan wahana bagi syarikat tempatan menerokai pasaran luar negara.

    Jenama terkenal dari dalam dan luar negara pula dijangka mempamerkan produk dan gaya terkini pada ekspo yang menonjolkan dekorasi mesra alam itu.

    Perancis akan menjadi tetamu terhormat pada CICPE 2022 nanti. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...