Ciganda berkongsi kedudukan teratas

LOS ANGELES, 17 SEPT – Carlota Ciganda membuat kejutan dengan melakukan pukulan double bogey kelmarin untuk mencatat empat bawah par 68 dan berkongsi kedudukan mendahului perlawanan di kejohanan Golf LPGA Portland Classic di Oregon.

Pemain kelahiran Sepanyol, Ciganda, yang baru memenangi kejuaraan di Eropah dalam Piala Solheim menentang pasukan Amerika Syarikat, berkata keadaan sejuk pada sebelah pagi memaksanya melakukan perubahan.

“Beberapa pukulan terbang kurang 10 hingga 12 meter, sekurang-kurangnya bagi pukulan saya,” katanya. “Saya seperti ‘saya perlu membuat perubahan di padang ini kerana cuaca terlalu sejuk.’”

Dia membuat pukulan di lubang ke-10 dan selepas birdie di lubang ke-11 dan 12 memberikan dua pukulan dengan double bogey di lubang ke-14.

Namun pemain Sepanyol itu perlu membuat lebih lima pukulan birdie dengan hanya satu pukulan bogey di keseluruhan perlawanan.

Aksi Ciganda membuat pukulan semasa bermain di kejohanan Golf LPGA Portland Classic di Oregon.- AP

Dia kemudian berkongsi kedudukan empat bawah par dengan pemain Scotland, Gemma Dryburgh dan pemain Thailand, Pajaree Anannarukarn.

Dryburgh, yang juga membuat pukulan awal, mencatatkan satu pukulan eagle dan lima birdie dengan tiga pukulan birdie dalam pusingan tidak menentu sementara Pajaree, yang menjuarai LPGA pertama di World Invitational di Ireland Utara bulan lalu, berkongsi kedudukan teratas pada sebelah petang.

“Sejujurnya saya hanya memberitahu diri saya untuk menghabiskan 18 lubang,” kata Pajaree selepas pusingan tersebut yang diakhirinya dengan lima pukulan birdie dan satu bogey.

“Cuba kekal terhidrat dan teruskan permainan. Cuba untuk bermain dengan penuh sabar.”

Ketiga-tiga pemain ini mendahului satu pukulan ke atas enam pemain lain.

Pemain nombor dua dunia, Ko Jin-young dari Korea Selatan menuju peringkat kumpulan bersama-sama pemain Perancis, Perrine Delacour, pemenang Portland 2009, Hir Mi-jung dan Jenny Shin dari Korea Selatan dan pemain Afrika Selatan, Paula Reto. – AFP