Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Cilic dedah punca menangis

LONDON, 17 Julai – Marin Cilic mengakui tangisannya dalam final Wimbledon tercetus selepas menyedari usahanya untuk mengejutkan Roger Federer ditakdirkan berakhir dengan kekalahan yang menyakitkan.

Cilic menangis teresak-esak di Centre Court pada pertengahan set kedua selepas meminta rawatan perubatan kerana kaki kirinya melepuh.

Bekas juara Terbuka AS beraksi dengan menahan rasa sakit, tetapi tidak dapat menghentikan kemaraan Federer dalam kemenangan 6-3, 6-1, 6-4.

“Saya mengalami lepuh pada kaki di separuh akhir menentang Sam Querrey,” kata Cilic.

“Doktor di sini membantu saya sejak 30 jam lalu. Mereka sentiasa bersama saya dan melakukan sebanyak yang mereka mampu.

Marin Cilic dilihat menangis ketika menerima rawatan perubatan dalam aksi final menentang Roger Federer. – AP
Marin Cilic dilihat menangis ketika menerima rawatan perubatan dalam aksi final menentang Roger Federer. – AP

“Saya masih merasakan kesakitan. Setiap kali saya perlu melakukan tindakan dengan pantas, perubahan pergerakan pantas, saya tidak mampu untuk melakukannya. “Jelas ia adalah sukar dari segi emosi kerana saya tahu banyak persediaan yang telah saya lakukan dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini bagi Wimbledon.”

Cilic menjelaskan bahawa tangisannya pada kedudukan 3-0 pada set kedua adalah lebih kepada kekecewaannya tidak dapat untuk membuat persembahan terbaik berbanding kesakitan berterusan.

“Ia adalah perasaan yang saya tahu, saya tidak dapat memberikan yang terbaik saya di atas gelanggang, saya tidak dapat memberikan permainan terbaik saya, terutamanya pada peringkat ini dalam kerjaya saya, ia merupakan perlawanan besar,” katanya. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -