Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Cilic sertai kelompok 8 terakhir

    LONDON, 16 JUN – Marin Cilic berjaya mara ke kelompok lapan pemain terakhir dalam kejohanan Queen’s kelmarin, dengan meraih keputusan 7-6 (8/6), 7-5 ke atas Alexander Bublik.

    Acara tersebut menjadi platform untuk pemanasan badan sebelum Wimbledon, di mana Cilic sebelum ini berjaya mara ke final pada 2017 sebelum tewas di tangan Roger Federer dalam straight set.

    Cilic, 33, sejak kebelakangan ini mempamerkan prestasi terbaik, mara ke separuh akhir dalam kejohanan Terbuka Perancis pada musim ini sebelum ditundukkan oleh Casper Ruud.

    Walau bagaimanapun, Denis Shapo-valov, pemain yang berjaya mara ke separuh akhir Wimbledon pada tahun lalu, ditewaskan dalam pusingan pertama di kejohanan Queen’s kelmarin. Pemain pilihan keenam itu tewas dalam tiga set kepada Tommy Paul dari Amerika Syarikat.

    Paul mendahului pada set pertama dengan keputusan 6-4 hanya menyaksikan Shapovalov berjaya menyamakan kedudukan dengan menguasai set kedua dengan keputusan 6-2.

    Tetapi Paul bertahan untuk me-menangi set penentuan dengan keputusan 6-4.

    Emil Ruusuvuori berjaya menga-lahkan Jack Draper dari Britain dengan keputusan 6-2, 7-6 (7/2) untuk mara ke perlawanan suku akhir.

    Juara bertahan, Matteo Berrettini dan juara Grand Slam tiga kali, Stan Wawrinka akan berusaha untuk menyertai Cilic dan Ruusuvuori dalam kelompok lapan terakhir apabila mereka terpaksa berdepan dengan Denis Kudla dan pemain nombor ke-35 dunia, Paul pada hari ini.

    Sementara itu, Wimbledon pada musim panas tahun ini tidak memberikan apa-apa mata kepada para pemain, disebabkan oleh keputusan Kelab All England mengharamkan pemain Rusia dan Belarus daripada menyertai selepas pencerobohan Rusia ke Ukraine, menjadikan acara Kelab Queen’s adalah satu-satunya peluang untuk para pemain meningkatkan ranking mereka sebelum musim baharu bermula. – AFP

    Aksi Marin Cilic semasa membalas pukulan Alexander Bublik dalam perlawanan tersebut di barat London. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...