Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    CIMB 3D Conquest tawarkan hadiah hebat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Bagi menggalakkan penyertaan kalangan pelajar universiti dan institusi pengajian tempatan dalam Pertandingan CIMB 3D Conquest, CIMB Group Holdings Berhad telah mengadakan sesi taklimat mengenai pertandingan berkenaan di Bangunan Reka Bentuk dan Teknologi, Kampung Anggerek Desa, hari ini.

    Turut hadir semasa taklimat berkenaan ialah Pengurus Negara CIMB Investment Bank Berhad, Brian Won. Sementara itu, penerangan mengenai pertandingan itu telah disampaikan oleh Senior Associate, Mak Wan Yan.

    Pertandingan yang dibukakan kepada para pelajar universiti dan institusi pengajian tinggi berkenaan menawarkan hadiah menarik berupa wang tunai berjumlah AS$120,000 selain tiket pergi dan balik ke Silicon Valley, San Francisco.

    Antara yang menghadiri taklimat mengenai Pertandingan CIMB 3D Conquest.

    Menurut penerangan yang disampaikan oleh Mak Wan Yan, CIMB 3D Conquest merupakan pertandingan yang baharu diperkenalkan oleh CIMB khusus bagi para pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi dan universiti di seluruh negara anggota ASEAN.

    Ia merupakan platform yang baik bagi para peserta untuk menonjolkan serta menampilkan bakat serta kemahiran mereka dalam menghasilkan idea-idea kreatif.

    Pertandingan tersebut membawakan tiga cabaran berlainan iaitu Data Science, FinTech dan Coding dengan pasukan terbaik dari negara ini akan berpeluang melangkah ke peringkat seterusnya dan peringkat akhir yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada awal tahun depan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda