Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    CIMB jangka raih jualan RM300 juta

    KUALA LUMPUR, 5 Feb – CIMB-Principal Asset Management Bhd menjangka dapat meraih jualan sebanyak RM300 juta daripada dana yang baru dilancarkan, CIMB-Principal Preferred Securities Fund (PSF), tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya Munirah Khairuddin berkata sekuriti pilihan berpotensi menawarkan hasil yang menarik, terutamanya dalam persekitaran kadar faedah rendah.

    “Sebagai kelas aset yang unik, sekuriti pilihan mempunyai ciri-ciri ekuiti dan bon tetapi menunjukkan korelasi yang agak rendah kepada kategori ekuiti dan pendapatan tetap. “Oleh itu dengan melabur dalam dana ini, para pelabur boleh meningkatkan keseluruhan portfolio profil risiko-pulangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    CIMB-Principal PSF melabur dalam dalam portfolio pelbagai sekuriti pilihan bagi potensi pulangan pendapatan dan pengekalan modal jangka panjang.

    Munirah berkata dana berkenaan menyasar untuk mencapai potensi pendapatan dan peningkatan modal dengan melabur dalam Principal Global Investors-PSF (PGIPF) dalam jangka sederhana hingga jangka panjang. Beliau berkata PGIPF merupakan dana berpangkalan di Dublin yang melabur terutamanya dalam portfolio sekuriti pilihan dalam denominasi dolar AS dan sekuriti hutang.

    “PGIPF dijangka mencatatkan prestasi melebihi penanda arasnya yang merupakan 50 peratus Merrill Lynch Fixed Rate Preferred Securities Index dan 50 peratus Bank of America Merrill Lynch US Capital Securities Index,” katanya.

    PGIPF menyediakan pendekatan risiko terurus dan konservatif, kepada sekuriti pilihan dengan sekurang-kurangnya 75 peratus daripada aset dalam gred pelaburan sekuriti pilihan dengan keperluan minimum portfolio purata penarafan kredit BBB- atau lebih baik lagi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda