KAMPALA, 29 MAC – Seekor cimpanzi meragut anak damit perempuan berusia dua bulan yang didukung ibunya di bandar Kagadi di barat Uganda lalu membunuhnya dalam kejadian pada Isnin.
Ibunya dalam perjalanan ke kebun apabila cimpanzi itu tiba-tiba muncul dari semak berhampiran lalu merampas anak damit bernama Aroho Ahmuza itu dan melarikannya ke dalam belukar.
Penduduk kampung yang mendengar jeritan wanita itu bergegas mengejar cimpanzi itu namun mereka menemui anak itu dalam semak dengan kecederaan parah di kepala.
Kagadi terletak tidak jauh dari Taman Negara Kibale, yang menempatkan populasi terbesar cimpanzi di Afrika. – Bernama