Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    Cimpanzi tertua mati pada usia 71 tahun

    CONAKRY, 28 SEPT – Cimpanzi paling tua Guinea dan salah satu anggota komuniti terancam terakhir dunia telah mati pada usia 71 tahun, kata kementerian alam sekitar.

    Fana, cimpanzi betina yang lahir pada tahun 1951, merupakan sebahagian daripada kumpulan cimpanzi yang menjadi terkenal di dunia disebabkan keupayaannya menggunakan alat perkakasan.

    Komuniti beruk yang kecil itu tinggal dalam hutan di sekitar kampung Bossou, di kawasan terpencil tenggara negara.

    Ahli sains telah menjelajah lokasi terpencil itu selama beberapa dekad untuk mengkaji penggunaan tukul besi dan andas oleh cimpanzi untuk membuka kacang, tingkah laku pa-ling canggih yang pernah diperhatikan ke atas haiwan itu.

    Namun kematian Fana membawa jumlah cimpanzi Bossou kepada enam atau tujuh ekor sekarang.

    Fana telah menunjukkan tanda-tanda kelesuan sejak beberapa bulan lalu, kata kementerian alam sekitar di Facebook semalam.

    Bahagian atas badannya telah lumpuh sejak dia terjatuh hampir 25 tahun lalu dan dia telah berhenti panjat pokok sejak itu.

    Fana tinggal sendirian tatkala ia menjadi semakin kurang aktif. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pengiraan undi bermula di 4 negeri India menjelang PRU 2024

    NEW DELHI, 3 DIS - Pengiraan undi bermula hari ini di empat negeri India dalam menguji kekuatan pembangkang India yang menentang parti pemerintah Perdana...