Wednesday, March 22, 2023
23.4 C
Brunei

-

Cincin tunang Kate Moss tarik perhatian

MODEL terkenal Kate Moss dilaporkan sudah bertunang dengan kekasihnya, Count Nikolai Von Bismarck selepas menjalinkan hubungan selama dua tahun.

Menerusi foto yang diambil oleh jurugambar bebas, Kate memakai cincin berlian di jari manis selepas mereka berdua dilihat meluangkan masa bersama menonton teater.

Sebelum ini berita perceraian Kate dan Jamie Hince pada Oktober tahun lalu mendapat perhatian ramai.

Pasangan tersebut duduk berasingan sebelum bercerai selepas empat tahun berkahwin.

Kate dan kekasihnya dilihat kerap meluangkan masa bersama.
Kate dan kekasihnya dilihat kerap meluangkan masa bersama.

Namun, menurut sumber mengatakan Kate dan bekas suaminya telah menyelasaikan masalah rumahtangga mereka di luar mahkahmah.

“Mereka sudah lama buat keputusan untuk bercerai dan masing-masing mahu mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan perkara tersebut.

“Malah, mereka bersetuju untuk mendiamkan sahaja dan berpisah secara baik tanpa perlu menghebahkannya,” kata sumber menerusi laporan dipetik dari Daily Mirror.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -