Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cinta dua tahun Suilli dan Choiza berakhir

    PASANGAN Sulli dan Choiza mengambil keputusan mengakhiri percintaan mereka selepas dua tahun bersama sebagai pasangan kekasih.

    Syarikat pengurusan SM Entertainment dan Amoeba Culture yang mewakili kedua-dua artis itu turut mengesahkannya selepas ia mula diperkatakan oleh peminat.

    Perkara itu terdahulu tersebar selepas sumber terdekat pasangan itu dikatakan mendedahkan perkara berkenaan kepada media.

    “Selepas melihat laporan yang dikeluarkan berhubung isu ini, kami mengesahkan mereka telah pun berpisah.

    Suilli dan Choiza mengambil keputusan mengakhiri percintaan mereka selepas dua tahun bersama sebagai pasangan kekasih.
    Suilli dan Choiza mengambil keputusan mengakhiri percintaan mereka selepas dua tahun bersama sebagai pasangan kekasih.

    “Bagaimanapun mereka tetap akan kekal sebagai sahabat baik,” kata kenyataan dikeluarkan seperti dipetik dari Koreaboo.

    Malah Amoeba Culture yang mewakili Choiza pula memberitahu kesibukan terhadap karier masing-masing turut menjadi punca perpisahan itu.

    “Jadual mereka padat dan cara hidup yang berbeza menyumbang kepada perpisahan itu,” tulis kenyataan itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda