DIARAHKAN oleh Khalid Nadzri dan diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn Bhd, Cucu Tauke Beras merupakan sebuah siri drama terbaru yang disiarkan di slot Dahlia di saluran TV3.
Siri drama tersebut dibintangi oleh Azrel Ismail, Zahirah Macwilson, Tania Hudson, Idris Mat Diah, Catriona Ross, Ariff Aziz, Afzan A.Rahman, Zizan Nin, Farisha Irwayu, Aneez Arifin, Qazem Nor dan Kay Maria.
Pada dasarnya, ia mengisahkan mengenai Irsya lakonan Zahirah Macwilson, gadis cantik dan sombong yang dihantar pulang ke kampung ketika cuti semester untuk tinggal bersama datuknya demi mendapatkan duit untuk membayar yuran pelajaran.
Dia juga terkejut apabila mendapati bahawa datuknya merupakan seorang pemilik syarikat beras dan menyangka bahawa semuanya akan menjadi mudah.
Namun ternyata ia hanyalah indah khabar dari rupa apabila dia harus membuat kerja menanam padi.

Dari situ kehidupan wanit tersebut juga mula berubah apabila dia bertemu dengan Harris lakonan Azrel Ismail.
Apa yang menjadi persoalan adalah siapa sebenarnya Harris dan mengapa kewujudannya telah memberikan impak perubahan di dalam kehidupan Irsya.
Selain itu, bagaimana pula nasib yang bakal menimpa Irsya ketika telah dihantar pulang ke kampung tersebut dan adakah misi sebenarnya iaitu ingin menuntut harta warisan datuknya bagi tujuan pembiayaan yuran pelajaran itu bakal berjaya dicapainya.
Adakah perasaan cinta hadir tatkala Irsya berusaha untuk menuntut harta warisan tersebut dan untuk mengetahui kesudahan kisah di sebaliknya jangan terlepas untuk terus menonton siri drama Cucu Tauke Beras sehingga yang ditayangkan di slot Dahlia pada setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 6.58 petang di saluran TV3.