Cinta Laura pasang niat ambil anak angkat

Penyanyi dan pelakon Indonesia Cinta Laura belum bersedia untuk berkahwin namun mempunyai keinginan untuk mengambil anak angkat.

Cinta yang berusia 27 tahun berpendapat usia kini adalah yang paling sesuai untuk dia menjaga seorang anak angkat.

“Aku punya pandangan hidup sendiri yang tidak sesuai dengan orang Indonesia, tapi aku merasa usia 20an adalah waktunya untuk menikmati,” ujarnya.

Menurut Cinta, ibunya juga menyokong keputusan yang bertujuan untuk membantu anak damit yang ditinggalkan ibu bapa.

“Banyak anak-anak di luar sana yang terlantar. Saya perlu bantu mereka. Aku tahu ramai argue orang seperti saya tidak dapat memberikan kasih sayang seperti anak sendiri,” katanya.

Dia juga mempunyai niat untuk berkeluarga dan mempunyai anak tapi belum tiba masanya untuk ke arah itu. – Agensi

Cinta Laura bercadang untuk mengambil anak angkat. – Agensi