Cinta lokasi berakhir di gerbang perkahwinan

TERJERAT dengan cinta lokasi ketika berlakon dalam filem Game of Thrones, Kit Harington dan Rose Leslie akhirnya secara rasmi berkahwin baru-baru ini.

Pasangan itu melangsungkan upacara pernikahan di sebuah gereja di Aberdeen, Scotland.

Seperti dipetik The Guardian, pasangan yang bertunang pada tahun lalu ini mengundang 200 tetamu bagi menyaksikan penyatuan mereka sebagai suami-isteri.

Selain itu, barisan pelakon Game of Thrones  turut hadir bagi meraikan pasangan selebriti tersebut.

Antara yang kelihatan ialah Sophie Turner, Emilia Clarke, Maisie Williams dan Peter Dinklage.

Rasa cinta terukir sewaktu menjayakan lakonan dalam drama Game of Thrones telah menyatukan Rose Leslie dan Kit Harington ke gerbang perkahwinan.

Leslie anggun mengayakan gaun putih dengan hiasan bunga dan veil di kepalanya.

Ayah kepada pengantin perempuan Sebastian Lesline bersyukur majlis yang dirancang itu berjalan lancar.

Pasangan yang kedua-duanya berusia 31 tahun itu bercinta dua tahun lalu dan memutuskan untuk berkahwin.