Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Cinta Sampai Mati lonjak nama Raffa Affa

    Bagi pengguna media sosial, lirik lagu Cinta Sampai Mati pasti sesuatu yang tidak asing lagi.

    Bahkan ada yang menyifatkan lirik berkenaan telah menghantui hidup kerana sering didengari.

    Penyanyinya, Raffa Affa atau nama sebenarnya Raffa Aldiansyah mengakui lagu itu membawa tuah kerana melonjakkan namanya bukan hanya di Indonesia, tetapi juga di Malaysia.

    Pemuda kelahiran Depok, Jawa Barat itu juga menyifatkan kelahiran single sulung itu ibarat mimpi yang menjadi nyata.

    “Sebelum ini, saya sering membawakan genre lagu berkonsepkan ketuhanan mahupun selawat serta nasyid. Selain itu, saya ada juga menyanyikan lagu popular penyanyi lain dan dimuat turun ke dalam akaun media sosialnya.

    “Bila sering menyanyikan lagu popular, saya juga berharap mempunyai lagu yang boleh hits dan ternyata impian itu menjadi kenyataan,” katanya.

    Tambah Raffa, asalnya, single ini diberi judul Dengarkanlah oleh penulis lirik sebelum diputuskan oleh label Botram Media Entertainment untuk judul yang lebih universal.

    Lagu ini dilancarkan di bawah label muzik Hayat Kreatif Studio untuk pasaran Malaysia, Brunei serta Singapura manakala untuk di Indonesia dan lain-lain negara dilancarkan di bawah label muzik Botram Media Entertainment.

    Sama seperti penyanyi baru lain, tiada apa yang diharapkan Raffa selain kehadirannya dan lagu tersebut mampu memberi nuansa baru kepada industri muzik. – Agensi

    Raffa Affa mengakui Cinta Sampai Mati itu membawa tuah kepadanya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...