Cinta si gadis jelitawan

ULASAN BUKU OLEH RAZALI SALAM

NOVEL Heartless karya penulisan Marissa Meyer mengisahkan tentang seorang gadis jelitawan, Catherine yang menjadi kegilaan ramai di kerajaan Wonderland, termasuklah kepada sang raja yang masih belum berkahwin.

Namun malang sekali, Catherine langsung tidak berminat untuk mencari suami dan mendirikan rumah tangga kerana minatnya yang mendalam dalam bidang pembuatan roti dan pastri.

Catherine bercita-cita untuk membuka sebuah kedai roti dan menjual pastri-pastri ciptaannya sendiri.

Walau bagaimanapun, ibu Catherine tidak merestui cita-citanya itu kerana bagi si ibu cita-cita Catherine terlalu kecil sedangkan dia boleh sahaja memperoleh harta kekayaan dan kuasa dengan mengahwini sang raja dan menjadi ratu kerajaan itu.

Pada majlis tari-menari di istana, Catherine dijangka untuk menerima lamaran sang raja untuk mengahwininya.

Seorang gadis jelitawan, Catherine menjadi kegilaan ramai di kerajaan Wonderland, termasuklah kepada sang raja yang masih belum berkahwin. Beliau telah bertemu dengan seorang penghibur di istana yang sangat misterius, kacak dan telah jatuh cinta. Catherine berazam untuk memilih jalan hidupnya sendiri, namun di dunia yang dipenuhi magik, raksasa dan perkara-perkara di luar batas akal itu, takdir mempunyai rancangannya sendiri buat pasangan tersebut.

Akan tetapi Catherine telah bertemu dengan seorang penghibur di istana yang sangat misterius dan kacak.

Buat pertama kali dalam hidupnya, Catherine telah jatuh cinta.

Takut akan menyebabkan sang raja murka dan menimbulkan kemarahan kedua ibu bapanya, mereka menyembunyikan percintaan mereka daripada mata ramai.

Catherine berazam untuk memilih jalan hidupnya sendiri, namun di dunia yang dipenuhi oleh magik, raksasa dan perkara-perkara di luar batas akal itu, takdir mempunyai rancangannya sendiri buat pasangan tersebut.

Apakah yang akan terjadi kepada percintaan Catherine? Mungkinkah segala-galanya akan terkubur dan dia akan mengahwini sang raja yang tidak dicintainya?

Untuk mengetahui segala jawapan kepada persoalan ini, sila dapatkan novel Heartless segera.