Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Cinta toksik buat Meer Nash hilang akal

    Dua tahun berusaha ‘move on’ angkara hubungan cinta toksik, hakikatnya bukanlah mudah buat penyanyi Meer Nash, 27, melupakan sengketa yang berlaku.

    Penyanyi yang diperkenalkan menerusi program I Can See Your Voice Malaysia 2020 itu mengaku melalui episod tarik tali dalam perhubungan.

    Namun, katanya, ketakutannya terbawa-bawa hingga dalam mimpi.

    Meer Nash atau nama sebenarnya, Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul berkata, dia terlalu marah hingga hampir hilang akal dengan apa yang dilalui, namun, akhirnya berjaya keluar daripada kenangan hitam itu.

    Bagaimanapun, kepahitan sepanjang hubungan dilempiaskan dalam single barunya berjudul Kajima.

    Meer Nash ambil masa dua tahun untuk melupakan perkara toksik yang berlaku sepanjang perhubungan dengan bekas kekasih. – Agensi

    Katanya, kemunculan single Kajima membuktikannya sudah ‘moved on’, sedangkan sebelum ini, agak sukar berbuat sedemikian.

    Singla Kajima saya tujukan buat bekas kekasih. Dua tahun saya ambil masa melupakan perkara toksik yang berlaku sepanjang perhubungan.

    “Setiap kali mengingatinya, saya akan marah dan hampir hilang akal. Jadi, memori hitam dilalui dicurahkan dalam single Kajima.

    “Bahagian awal lagu ini menggambarkan kemarahan terhadap apa yang dilalui sepanjang hubungan tarik tali yang cukup toksik. “Namun, saya akhirnya berjaya keluar daripada kegelapan dan mencari diri sendiri.

    “Saya baru ada kekuatan berkongsi apa yang terjadi menerusi single Kajima.

    “Karya ini boleh saya sifatkan lagu sisi gelap yang pernah ditulis dan dirakam setakat ini,” katanya kepada BH Online.

    Menyelitkan elemen filem seram, rap dan puisi kanak-kanak dalam karya itu, Meer Nash yang dikenali menerusi lagu Saranghae mengetengahkan tarian Korea sebagai simbolik melepaskan kemarahan. Single Kajima hasil ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Asyraf Nasir.

    Lagu yang menampilkan MFMF selaku penerbit dan susunan muzik itu dilancarkan secara rasmi September lalu dan diterbitkan Universal Music Malaysia. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...