Cinta yang tidak kesampaian

Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

Drama terbaharu Malaysia berjudul Bukan Cinta Aku baharu sahaja disiarkan pada 5 Jun yang lalu dalam slot Akasia di TV3 dan disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam.

Drama bertemakan percintaan ini diterbitkan oleh Rumah Karya Citra Sdn Bhd dan mempunyai 20 episod.

Drama ini dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal Malaysia dan juga Indonesia di antaranya Syafiq Kyle, Janna Nick, Baim Wong, Mimi Lana, Jay Iswazir, Daler Yusuf, Maria Farida, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Eyka Farhana, Aishah Azman dan Dini Schatzmann.

Drama ini mengisahkan mengenai Rania yang baharu sahaja menamatkan pengajiannya di New York dan telah jatuh cinta dengan seorang lelaki bernama Arjuna yang merupakan pemandu kereta keluarganya.

Mereka saling menyukai namun merahsiakan hubungan cinta mereka daripada ibu bapa Rania.

Malangnya rahsia mereka terbongkar dan Rania dipaksa berkahwin dengan Tengku Isma. Sejak perkahwinan itu, Rania tidak begitu gembira.

Apakah kesudahan yang berlaku kepada Rania, semua itu akan terjawab dalam drama Bukan Cinta Aku yang disiarkan di slot Akasia di TV3.

Drama bertemakan percintaan ini diterbitkan oleh Rumah Karya Citra Sdn Bhd dan mempunyai 20 episod.