Cipta arca bagi menyampaikan berita

BILIN – Selepas 14 tahun sebagai seorang jurugambar di Tebing Barat yang diduduki oleh Israel, lelaki Palestin ini telah menemui hobi keduanya melalui penciptaan arca, sekali gus menceritakan kisah mengenai kitar semula logam ke dalam bentuk seni. Dia mengatakan bahawa kesan dari berita bergambar hanya bersifat sementara namun karya seni tetap kekal dari semasa ke semasa.

Di taman kecil rumahnya yang terletak di Kampung Bilin, Haitham Khateeb yang berusia 43 tahun mengikat dan memusing kabel wayar menjadi satu bentuk yang menggambarkan pengalaman Palestin – tragis dan juga gembira.Dia berkata bahawa dengan menghasilkan kerja seni logam ini, ia memberikan ketahanan khususnya dalam bertahan dengan adegan kehidupan Palestin sehari-hari untuk disampaikannya kepada generasi dunia seterusnya dan juga masa depan.

“Hasil seninya itu mempunyai pakaian ukuran dan saiz serta peristiwa termasuk adegan pastoral penuaian zaitun dan petani yang sedang bekerja di tanah mereka. Terdapat juga gambaran konfrontasi bersama tentera Israel dan protes yang giat dilakukan di sempadan Gaza dengan Israel,” jelasnya. Selama lebih dari satu dekad, kampung Khateeb sendiri pernah menjadi lokasi protes terhadap dinding pemisah Israel. Dinding tersebut telah banyak menghalang penduduk kampung untuk pergi ke ladang dan padang rumput mereka, seperti halnya di Bilin.

Bergiat aktif pada tahun 2005, penduduk Bilin mula mengadakan protes setiap minggu terhadap dinding itu yang berterusan selama beberapa tahun. “Saya membawa kamera dan mula mendokumentasikan apa yang berlaku di kampung dan menghantarnya kepada media,” katanya kepada media.

Semasa konflik terjadi, dua penunjuk perasaan terbunuh oleh Israel. Aktivis dari seluruh dunia dan penyokong dari Israel mengambil bahagian dalam demonstrasi, yang membantu mereka membina momentum dan membawa perhatian media di seluruh dunia. Disebabkan demonstrasi semakin tenang dalam masa dua tahun yang lalu, Khateeb mendapati dirinya lebih banyak masa terluang. “Saya mula memikirkan cara lain untuk menyampaikan apa sahaja bentuk berita,” katanya kepada media.

Semasa kecil, Khateeb berkata bahawa dia belajar bagaimana untuk menggunakan kawat logam untuk membuat permainan yang dia tidak mampu untuk membelinya. “Hari ini, saya menggunakannya secara berbeza. Ada kalanya saya mengimbas kembali sejarah, mencipta arca berdasarkan persekitaran Palestin yang telah dimusnahkan oleh Israel, ribuan penduduk Palestin telah melarikan diri dan banyak lagi,” terang Khateeb.

Puluhan karya termasuk potret pemimpin Palestin terakhir, Yasser Arafat, dengan keffiyehnya yang terkenal, ikon penting Palestin pernah dihasilkan oleh Khateeb. Dia juga pernah mencipta arca pelarian yang melarikan diri dari rumah dan membaling batu ke arah gerakan tentera Israel. Khateeb cuba memaparkan karya-karya ke dalam media sosial dan mempersiapkan diri untuk pameran pertamanya. Dia juga berharap dapat melakukan lebih banyak bentuk arca kemudian diletakkan di tempat awam. “Saya bekerja sebagai wartawan foto untuk jangka waktu yang lama dan sekarang saya mendapati bahawa seni ini boleh menjadi cara yang berkesan untuk melaporkannya,” jelasnya. – AP

Haitham Khateeb yang berusia 43 tahun mengikat dan memusing kabel wayar menjadi satu bentuk yang menggambarkan pengalaman Palestin – tragis dan juga gembira. – AP
Khateeb cuba memaparkan karya-karya ke dalam media sosial dan mempersiapkan diri untuk pameran pertamanya. – AP