Wednesday, November 13, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cipta momen terindah

    ZAMAN yang terlalu mencabar! Ya itulah hakikatnya dalam membesarkan anak-anak.

    Menjaga anak dengan sebaiknya sekalipun tetapi jika anak-anak itu sendiri bijak dan mencari arahnya sendiri, ibu bapa terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah yang pelbagai.

    Sebagai ibu dan bapa, bagaimana untuk anda memastikan segala didikan yang diberikan diterima sebaiknya oleh anak-anak dan cuba menjadi anak terbaik, soleh dan solehah walaupun ketika mereka berada di belakang kita?

    Kajian membuktikan kurangnya perhatian daripada ibu bapa selain ilmu pegangan agama yang longgar antara penyebab anak-anak khususnya remaja mula mencari arah mereka sendiri dan kemudiannya terjerumus ke dalam gejala yang tidak diingini.

    Sikap ibu bapa itu sendiri juga menjadi penyebab remaja terjerumus dengan pelbagai masalah sosial. Ada di kalangan ibu bapa hari ini yang tidak mengambil berat mengenai kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak sedangkan walau sebesar mana pun mereka, mereka masih lagi memerlukan kasih sayang ibu dan ayah.

    Walau dalam apa cara sekalipun ajarlah anak untuk tidak merasa kekok sebut ungkapan sayang pada ibu bapa dan setiap ahli keluarga lain. I love you Ma…ayat paling ringkas yang wajib dituturkan.
    Walau dalam apa cara sekalipun ajarlah anak untuk tidak merasa kekok sebut ungkapan sayang pada ibu bapa dan setiap ahli keluarga lain. I love you Ma…ayat paling ringkas yang wajib dituturkan.
    Kajian membuktikan kurangnya perhatian daripada ibu bapa selain ilmu pegangan agama yang longgar antara penyebab anak-anak khususnya remaja mula mencari arah mereka sendiri dan kemudiannya terjerumus ke dalam gejala yang tidak diingini.
    Kajian membuktikan kurangnya perhatian daripada ibu bapa selain ilmu pegangan agama yang longgar antara penyebab anak-anak khususnya remaja mula mencari arah mereka sendiri dan kemudiannya terjerumus ke dalam gejala yang tidak diingini.

    Ibu dan ayah begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehinggan anak-anak terabai dan tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka mula renggang dan mencari hala tuju lain bagi mengisi kesunyian hati mereka.

    Inilah kesalahan yang dilakukan oleh ibu dan ayah.

    Sebolehnya walau sesibuk mana sekalipun, berusahalah untuk mendekatkan diri dengan anak. Cari waktu terluang untuk mencipta momen indah buat mereka.

    Semua kenangan ini terlalu banyak manfaatnya dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Apa yang boleh anda lakukan? Ikuti tip-tip ini.

    Bercuti luar negara

    Siapa kata waktu anak masih kecil menjadi satu kesukaran untuk pergi bercuti. Jika anda meletakkan set minda sebagai menyukarkan, maka sukarlah ia.

    Sewaktu kecillah anda harus membiasakan diri dengan perjalanan baik dekat mahupun jauh kepada anak-anak. Apabila amalan ini menjadi kebiasaan, anak-anak pasti menyukainya.

    Dan paling penting, momen ini nanti akan diingati mereka apabila mereka mula menginjak dewasa.

    Sekurang-kurangnya itulah kenangan gambar sewaktu mereka masih anak damit. Bercuti ke London di waktu kecil, indah bukan? Apa salahnya jika punya bajet lebih.

    Sambut Hari Jadi

    Mungkin sambutan hari jadinya yang ke-10 tahun menjadi detik paling indah bila mana anda memilih untuk menyambutnya di lokasi paling disukainya.

    Sebolehnya walau sesibuk mana sekalipun, berusahalah untuk mendekatkan diri dengan anak. Cari waktu terluang untuk mencipta momen indah buat mereka. Semua kenangan ini terlalu banyak manfaatnya dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan.

    Sewaktu kecillah anda harus membiasakan diri dengan perjalanan baik dekat mahupun jauh kepada anak-anak. Apabila amalan ini menjadi kebiasaan, anak-anak pasti menyukainya. Dan paling penting, momen ini nanti akan diingati mereka apabila mereka mula menginjak dewasa. Sekurang-kurangnya itulah kenangan gambar sewaktu mereka masih anak damit.

    Jadikan majlis hari jadi tersebut, paling indah dan diingati mereka hingga mereka remaja. Semua ini akan dilakukan mereka pula, apabila mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak sendiri. Cipta momen indah buat mereka dan jadikanlah ianya contoh buat masa depan mereka.

    Sokong minat mereka

    Setiap anak-anak kita punya kecenderungan dan minat pada sesuatu perkara. Sokong dan doronglah mereka selagi minat itu tidak bercanggahan dengan larangan agama dan hukum alam.

    Menggembirakan hati mereka, apa lagi disokong sepenuhnya, pasti buat mereka merasa bahagia. Jika anak suka bermain gitar misalnya, belikanlah dia sebuah gitar dan beri dia kelas untuk bermain hingga pandai. Berikan keindahan hidup buat mereka.

    Hadiah tetap

    Ciptakan kelainan misalnya dengan mewajibkan seluruh is rumah memberikan hadiah apabila salah seorang ahli rumah menyambut hari kelahirannya. Hal ini pasti membuatkan anak-anak yang menyambut hari jadi cukup seronok dan tertunggu-tunggu hari istimewa ini. Soal nilai harga hadiah tidaklah penting, namun ingatan itulah yang menjadikan hubungan kekeluargaan semakin akrab. Cukup hanya sekeping kad ucapan yang dibuat sendiri, itu sudah memadai.

    Ungkapan sayang

    Walau dalam apa cara sekalipun ajarlah anak untuk tidak merasa kekok sebut ungkapan sayang pada ibu bapa dan setiap ahli keluarga lain. I love you Ma…ayat paling ringkas yang wajib dituturkan.

    Semua ini pengikat kasih sayang hingga mereka membesar. Biarpun meningkat remaja, biasakan mereka dengan ungkapan ini setiap hari. Jika perlu. Wajibkan. Mulakan sekarang ketika mereka masih lagi kecil. Semua ini adalah perkara yang indah buat setiap yang menerimanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda