Cipta rekod berendam dalam kiub ais

MELK, AUSTRIA, 7 SEPT – Seorang lelaki Austria mengatasi rekodnya sendiri untuk berendam dalam ketulan ais paling lama baru-baru ini.

Josef Koeberl berjaya berada selama 2 jam, 30 minit dan 57 saat dalam tabung kaca khas yang diisi dengan kiub ais sehingga paras bahunya. Lebih daripada 200 kilogram kiub ais diperlukan untuk mengisi tabung tersebut, selepas Koeberl melangkah masuk ke dalam tanpa memakai baju selain seluar renangnya.

Demi melawan ‘gelombang kesakitan’ berpunca daripada suhu beku, Koeberl berkata dia cuba menumpu pada emosi positif.

“Saya melawan kesakitan dengan membayangkan perasaan positif sehingga dapat mengurangkan kesakitan,” beritahu Koeberl kepada wartawan. “Dalam cara itu saya dapat bertahan.”

Sekumpulan orang menyaksikan tatkala Koeberl mengatasi rekodnya sendiri pada 2019 di mana dia berta-han selama 30 minit di bandar Melk di Austria.

Selepas keluar dari ais, dia berkata dia berasa belakangnya rasa ‘hebat’ oleh sinaran matahari.

Koeberl merancang mengatasi rekodnya sendiri sekali lagi, pada tahun depan di Los Angeles. Kumpulannya berkata rekod peribadi Koeberl juga rekod dunia sekarang apabila ia membabitkan pendedahan badan kepada ais seberapa lama mungkin. – AP

Perenang ais Austria Josef Koeberl berdiri dalam kabin kaca yang diisi dengan ketulan ais cuba memecah rekod dunia berada dalam tabung ais di Melk. – AP