Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Ciri baharu NomborKu diperkenal

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Ciri Buy Now telah ditambah di dalam perkhidmatan NomborKu sebagai salah satu inisiatif penambahbaikan kepada perkhidmatan laman info yang memaparkan senarai bilangan pendaftaran kenderaan yang boleh dipohonkan melalui Tawaran Terbuka, jelas Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.

    Sejak dilancarkan pada 24 Februari 2021, perkhidmatan NomborKu memudah cara orang ramai untuk mengikuti dan merujuk nombor-nombor bilangan pendaftaran kenderaan yang ditawarkan secara terbuka.

    Sehubungan dengan itu, dalam usaha untuk meningkatkan lagi perkhidmatan berkenaan, JPD telah memperkenalkan ciri, Buy Now, yang membolehkan orang ramai untuk membeli dan memiliki nombor bilangan pendaftaran kenderaan yang dipilih secara langsung melalui laman sesawang, www.jpd.gov.bn/Nomborku.

    Penender yang berjaya akan menerima resit berbentuk digital melalui e-mel sebagai pengesahan pembelian tanpa perlu berurusan di kaunter JPD.

    JPD turut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada orang ramai atas kerjasama dan maklum balas yang telah diberikan.

    Bagi pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian, 2451980 atau WhatsApp, 7181641, Talian Darussalam 123 atau e-mel, info_ltd@jpd.gov.bn.

    Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang, www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -