Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Cita Citata dipaksa buat persembahan ketika positif COVID

    Penyanyi, Cita Citata meluahkan rasa marah dengan pihak pengurusan kerjaya seninya yang meminta untuk tampil membuat persembahan ketika dirinya masih kuarantin akibat COVID.

    Menurut Cita dia kecewa dengan tindakan tersebut dan menganggap pihak terbabit tidak mementingkan tahap keselamatan penonton yang hadir.

    “Pada 24 Februari saya disahkan positif COVID dan pada 26 Februari pula saya sepatutnya ada jadual membuat persembahan.

    “Pihak pengurusan mahu saya membuat persembahan dalam keadaan sedang positif.

    “Saya tidak boleh bayangkan betapa bahayanya kerana boleh menyebarkan virus ini. Apalagi jika ada yang mengidap penyakit kronik.

    “Pihak pengurus mengancam tidak membayar wang produksi persembahan saya jika tidak hadir ketika itu,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram. Susulan kejadian tersebut, Cita menarik diri daripada pengurusan berkenaan. Dia juga memberi peringatan agar tidak lagi dikaitkan dengan pihak tersebut pada masa akan datang.

    “Untuk pengurus artis lain, ini pesan saya sebagai penyanyi. Boleh jadi profesional tetapi harus guna akal. – Agensi

    Cita Citata meluahkan rasa marah dengan pihak pengurusan kerjaya seninya yang meminta untuk tampil membuat persembahan ketika masih positif COVID. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...