Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Cita Citata kesan individu menyamar di Facebook

    Penyanyi Cita Citata kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk mencipta akaun Facebook.

    Cita Citata menerusi laman Instagram milik berkata dia sudah memohon individu tersebut untuk memadam akaun itu namun tiada respons yang diterima.

    Bimbang individu itu mengambil kesempatan dengan menggunakan namanya, Cita Citata berharap orang ramai dapat membantu melaporkan akaun tersebut sehingga disekat.

    “Saya sudah minta baik-baik dan bercakap dengan orang yang buat (cipta akaun) tapi tak ada balas apa-apa. Ini akaun Facebook palsu.

    “Boleh tak, kalau kita sama-sama report, takut nanti ada penipuan atas nama Cita,” katanya yang turut memberitahu akaun itu dibuat oleh individu dari Malaysia.

    Penyanyi lagu Sakitnya Tuh Di Sini itu turut memuat naik paparan skrin profil akaun tersebut yang kini mempunyai lebih 1.4 juta pengikut.

    Dalam perkembangan lain, Cita Citata akhirnya selesai menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu dan kini bebas daripada jangkitan COVID-19. – Agensi

    Cita Citata kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk mencipta akaun Facebook. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...