Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Cita Citata pernah disihir, hilang suara

    Penyanyi dangdut popular, Cita Citata mendedahkan dia pernah melalui pengalaman pelik yang dianggap satu kejadian mistik.

    Lebih menyedihkan lagi perbuatan tersebut dilakukan oleh sahabat dalam dunia seni.

    “Ketika saya membuat persembahan, secara tiba-tiba suara tidak keluar sedangkan saya tidak sakit.

    “Memang tidak masuk akal. Saya tidak boleh bercakap ketika itu,” cerita Cita dalam temubual bersama TvOneNews.

    Dalam temu bual sama, Cita turut berkongsi pengalaman sukar yang dilalui sebelum menjadi popular.

    Cita Citata mendedahkan dia pernah melalui pengalaman pelik yang dianggap satu kejadian mistik. – Agensi

    Dia pernah ditipu saat pertama kali ke kota Jakarta untuk memulakan kerjaya seni.

    “Ketika tiba di Jakarta selama sebulan saya tidak ada kerja sebagai penyanyi.

    “Saya hanya bekerja di sebuah pusat karaoke. Mahu atau tidak saya terpaksa, namun setiap hari saya menangis,” ujar Cita.

    Cita yang popular menerusi lagu Sakitnya Tuh Di Sini akui genre dangdut bukanlah pilihannya.

    Bagaimanapun, selepas mempelajari teknik nyanyian betul dan banyak kali membuat persembahan, kini Cita jatuh cinta pada genre itu.

    “Saya hanya menyanyikan lagu pop dan jazz sebelum mengeluarkan single. Ketika itu hanya menjadi penyanyi di hotel dan majlis perkahwinan.

    “Selama menjadi penyanyi dangdut saya terus mendalami teknik nyanyian dan jatuh cinta pada genre ini.

    “Ternyata dangdut bukan genre yang mudah dan penyanyi dangdut sememangnya mempunyai kemahiran menyanyi yang hebat,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...